Top Tracks
Sebaik sahaja bumi memasuki milenium, yakni pada tahun 2000 tepat, kumpulan yang dimulakan secara "suka-suka" atau "kecil-kecilan" ditubuhkan. Selepas dari itu, tiada lagi anggapan "kerdil". Selepas dari itu adalah sejarah. INTEAM telah mencipta sejarahnya tersendiri dalam industri nasyid Malaysia. Secara tiba-tiba kumpulan nasyid ini mendadak menjadi kumpulan nasyid yang terkenal, dihormati dan berada di depan. Namun ada yang lebih membanggakan -- kumpulan nasyid INTEAM kekal dengan konsep asal mereka. Mereka mempertahankan apa yang mereka mulakan -- nasyid adalah cabang dakwah. Imbasan kembali -- sebenarnya kumpulan INTEAM mula terbina sejak sebelum milenium, ketika Hazamin, Syahril, Hisyam, Suhaime masih lagi menuntut di Matrik UIA, P. Jaya. Lebih tepat lagi sejak Januari 1998. Secara "default" kumpulan nasyid Husaini adalah kumpulan nasyid tetap di pusat Matrikulasi tersebut (yang setiap tahun ahlinya bertukar). Mereka menganggotai Husaini. Mereka memilih dan terpilih untuk menubuhkan INTEAM. Bahkan nama INTEAM itu pun menjadi tepat setelah melalui pemilihan dari berpuluh nama yang telah disesuaikan. Anggota asal INTEAM: Syahril, Hazamin, Hisyam, Suhaimie http://www.inteam.com.my/sejarah.php Read more on Last.fm. User-contributed text is available under the Creative Commons By-SA License; additional terms may apply.