No tracks found into library
Mpire mulanya mengamalkan konsep keahlian terbuka. Band ni terdiri daripada beberapa orang yang merupakan mastermind dari segi konsep, muzik dan production manakala ahli-ahli lain merupakan pemuzik undangan. Setelah lebih dua tahun bersama, Mpire kini telah berjaya mendapat barisan pemuzik yang tetap. Ali: Mula bergiat dalam arena rock Malaysia bersama kumpulan Terra Rossa pada tahun 1990. Setelah menghasilkan 2 album, beliau bergerak solo pada tahun 1995 dengan album yang berjodol 'Ali Terrarossa'. Dilamar memasuki XPDC pada tahun 1995 dan telah berkhidmat cemerlang sehingga tahun 2005. Ali dan Pae telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Mpire pada hujung 2005. Pae: Berpengalaman di dalam muzik tradisional dan arena muzik kelab-kelab malam, Pae anak kelahiran Tawau kini bergiat sebagai pemuzik 'session' untuk ramai artis terkemuka tanahair. Setelah bergerak bersama kumpulan Barongan pada tahun 2004, beliau telah dipelawa untuk memenuhi posisi dram di dalam kumpulan XPDC. Beliau memegang peranan ini dari tahun 2004 hingga 2005. Trabye: Seorang pemuzik yang serba-boleh. Mula terlibat dengan muzik sejak di bangku sekolah rendah dan telah menyertai beberapa orkestra di Lembah Kelang selama 10 tahun. Beliau kini seorang komposer dan penerbit muzik yang giat mencipta nama. Hasil-hasil karya beliau dimuatkan di dalam album-album Waheeda, William So dan Juliana Banos. Bekas pemain bass Metalasia ini telah menjalankan pembedahan barah pada pertengahan 2007 dan kini sedang beransur pulih sepenuhnya. Man: Merupakan ahli terbaru menyertai Mpire. Pemuzik yang boleh bermain pelbagai alat muzik ini mempunyai pengalaman luas di dalam arena persembahan. Berpengalaman sebagai pemuzik kelab dan bekas gitaris band pengiring Herman Tino, Man kini menumpukan perhatiannya kepada Mpire. Read more on Last.fm. User-contributed text is available under the Creative Commons By-SA License; additional terms may apply.